johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan ditimur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeriSelangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.
Hutan Simpan
Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
- Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
- Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.
Kebudayaan tradisi Melayu Johor
Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.
Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai Hamdolok, Wayang Wong, Ketoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).
Pakaian tradisional Johor termasuk:
- Baju cekak musang
- Baju Teluk Belanga
- Kurung Johor
- Kurung Riau
- Belah kebaya panjang
No comments:
Post a Comment