Dataran Bandaraya Johor Bahru
Dataran Bandaraya adalah tempat berlakunya berbagai peristiwa penting di Johor Bahru sejak 1994. Menara jam yang berdiri megah disini dibina sebagai mercu tanda memperingatipengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994.
Sejak pembukaan rasminya pada tahun 1994, pelbagai-bagai kegiatan negeri telah dibuat disini,antaranya ialah persembahan kebudayaan, perarakan hari kemerdekaan dan pelbagai pameran dan jualan dibuat di sini. Menara jam kelihatan lebihberseri dengan adanya air pancut dan lampu neon yang berwarna warni ketika waktu malam. Ia merupakan sebuah taman yang terbuka luas, penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan menjadikannya sebuah taman yang sangat menarik untuk dijadikan tempat untuk membuat persembahan dan acara tahunan.
No comments:
Post a Comment