Tuesday, 5 March 2013

masjid abu bakar johor bahru


 
   

   
   
      
Masjid Abu Bakar terletak Johor Bahru, Johor dibina atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar. Bercirikan senibina  masjid dari Timur Tengah dan Benua India dengan kubahnya berbentuk bawang.  Upacara perletakan batu asas diadakan pada 1 Muharram 1310 Hijrah bersamaan 26 Julai 1892 dan siap dibina pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid yang menelan belanja sebanyak RM40,000 ini ialah  Dato' Yahya Awaluddin.  Masjid Abu Bakar mula digunakan buat pertama kalinya pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan 2 Februari 1900 untuk Sembahyang Jumaat.


Sebaik saja ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura ke Tanjung Puteri, yang kemudiannya dinamakan Johor Bahru sekitar 1866 oleh Sultan Abu Bakar, ekonomi mula berkembang pesat. Pelbagai bangunan dibina, termasuklah masjid yang indah ini. Dengan titah sultan, batu asas masjid ini diletakkan pada 1 Muharram 1310 (26 Julai 1892) dan kerja-kerja pembinaan bermula setahun kemudiannya (1311 @ 1893)
Masjid ini siap & dirasmikan lapan tahun kemudiannya, iaitu pada 1 Syawal 1319 (2 Februari 1900), bermula dengan solat Jumaat.
Ianya dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim. Turut sama ketika itu ialah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Mohamed, ayahanda kepada Dato' Onn Jaafar.
Kos pembinaannya dikatakan mencecah $400,000.00 ringgit ketika itu.

Thursday, 31 January 2013

dataran bandarayabjohor bahru




Dataran Bandaraya Johor Bahru


Dataran Bandaraya adalah tempat  berlakunya berbagai peristiwa penting di Johor Bahru sejak 1994Menara jam yang berdiri megah disini dibina sebagai mercu tanda memperingatipengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994.





Sejak pembukaan rasminya pada tahun 1994pelbagai-bagai kegiatan negeri telah dibuat disini,antaranya ialah persembahan kebudayaan, perarakan hari kemerdekaan dan pelbagai pameran dan jualan dibuat di siniMenara jam kelihatan lebihberseri  dengan adanya air pancut dan lampu neon yang berwarna warni ketika waktu malamIa merupakan sebuah taman yang terbuka luas, penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan menjadikannya sebuah taman yang sangat menarik untuk dijadikan tempat untuk membuat persembahan dan acara tahunan. 

Monday, 28 January 2013


Teluk Danga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teluk Danga (atau lebih dikenali sebagai Danga Bay) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor BahruJohorMalaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.
Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.

[sunting]Lokasi

Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar (1.8 km2).

[sunting]Tahap ketersampaian

Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan Jkr-ft1.png) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari Singapura dan pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.
  • Melalui pembinaan Gerbang Selatan Bersepadu (CIQ) yang baru, Teluk Danga akan dapat dituju hanya 10 minit dari pusat pemeriksaan kastam Malaysia dan Singapura.
  • Pembangunan premier ini juga terletak di antara dua Pelabuhan Laut Dalam Antarabangsa Pasir Gudang di timur dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di barat.
  • Apabila hendak menuju ke utara dalam masa 30 minit, pengunjung akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabanga dan Domestik Sultan Ismail dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hab Kargo yang terletak di Senai.
  • Landasan terminal keretapi utama di bandar Johor Bahru boleh dituju dengan hanya mengambil masa 10 minit dari Teluk Danga.
  • Tempat ini juga hanya 10 minit ke utara yang juga pintu masuk ke Lebuhraya Super yang menghubungkan semua lebuhraya di Semenanjung Malaysia dan juga boleh menjangkau ke sempadan Thailand.

johor bahru


johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri MelakaNegeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan ditimurSelat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeriSelangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu PahatMuar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Hutan Simpan

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Kebudayaan tradisi Melayu Johor

Rencana utama: Budaya di Johor
Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan Barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.
Di Johor juga terdapat beberapa jenis teater tradisional yang dikenali sebagai HamdolokWayang WongKetoprak dan Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa).
  • Baju cekak musang
  • Baju Teluk Belanga
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang
johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri MelakaNegeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan ditimurSelat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeriSelangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu PahatMuar dan juga Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Friday, 9 November 2012

mat lutfi memang sempoi~



mne pminat2 mat lutfi?? meh ngok video terbaru dari beliau,,jgn tipu klo korg bosan nak ngok ar..
bijak ar kpale ox budak nie,, best oww,, lagu yang last ue x leh blah,,haha

Thursday, 8 November 2012

keselesaan penumpang





Keselesaannya dinilai dari segi keluasan tempat duduk, jarak kaki di antara penumpang, tempat penyimpanan barang dan pendingin hawa yang baik. Berkuasa 2000cc, ia membuatkan perjalanan bergerak lancar.  

Sebelum menerima sebarang tempahan, kami  terlebih dahulu akan menerangkan kadar teksi tersebut supaya tidak berlaku sebarang perselisihan faham.   hubungi pak mat : 0167387059 untul keterangan lanjut.



keselesaan merupakan faktor utama orang ramai dan pelancong untuk memilih perkhidmatan teksi berwarna biru itu. adakah seperti teksi biru di atas??? tak mungkin....ggrahhh




..