Tuesday, 5 March 2013

masjid abu bakar johor bahru


 
   

   
   
      
Masjid Abu Bakar terletak Johor Bahru, Johor dibina atas titah Almarhum Sultan Abu Bakar. Bercirikan senibina  masjid dari Timur Tengah dan Benua India dengan kubahnya berbentuk bawang.  Upacara perletakan batu asas diadakan pada 1 Muharram 1310 Hijrah bersamaan 26 Julai 1892 dan siap dibina pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid yang menelan belanja sebanyak RM40,000 ini ialah  Dato' Yahya Awaluddin.  Masjid Abu Bakar mula digunakan buat pertama kalinya pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan 2 Februari 1900 untuk Sembahyang Jumaat.


Sebaik saja ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura ke Tanjung Puteri, yang kemudiannya dinamakan Johor Bahru sekitar 1866 oleh Sultan Abu Bakar, ekonomi mula berkembang pesat. Pelbagai bangunan dibina, termasuklah masjid yang indah ini. Dengan titah sultan, batu asas masjid ini diletakkan pada 1 Muharram 1310 (26 Julai 1892) dan kerja-kerja pembinaan bermula setahun kemudiannya (1311 @ 1893)
Masjid ini siap & dirasmikan lapan tahun kemudiannya, iaitu pada 1 Syawal 1319 (2 Februari 1900), bermula dengan solat Jumaat.
Ianya dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim. Turut sama ketika itu ialah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Mohamed, ayahanda kepada Dato' Onn Jaafar.
Kos pembinaannya dikatakan mencecah $400,000.00 ringgit ketika itu.